NEGARA MALAYSIA

Pengenalan 

     Negara Malaysia ialah sebuah negara persekutuan yang terletak di Asia Tenggara.Negara Malaysia mempunyai dua kawasan utama yang terpisah oleh Laut China Selatan iaitu Semenanjung Malaysia yang bersempadan dengan Thailand di utara dan Singapura di selatan. Malaysia Timur terletak di bahagian utara Pulau Borneo yang bersempadan dengan Indonesia selatan dan Brunei di utara. Malaysia adalah salah satu negara perintis ASEAN.Persekutuan Tanah Melayu mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957, dan bersama-sama dengan Sabah dan Sarawak membentuk Malaysia pada16 September 1963. Negara Malaysia mempunyai 13 buah negeri dan 3 wilayah persekutuan. Ibu negara Malaysia ialah Kuala Lumpur walaupun pusat pentadbirannya terletak di Putrajaya.

     Malaysia terdiri daripada 13 buah negeri iaitu Johor, Kedah, Kelantan, Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Perlis, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak, Selangor dan Terengganu.Selain daripada 13 buah negeri ini, terdapat tiga Wilayah Persekutuan, yang ditadbir di bawah kuasa Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar. Pada masa ini terdapat tiga Wilayah Persekutuan iaitu Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan.Ketiga-tiga Wilayah Persekutuan mempunyai status yang sama dengan negeri-negeri lain di Malaysia, tetapi tidak mempunyai ketua negeri atau perundangan sendiri.


    Malaysia juga merupakan sebuah negara yang mengamalkan sistem Demokrasi berasaskan kepada sistem Persekutuan. Sehubungan dengan itu, ia bermakna negeri-negeri Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak , Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Pahang, Terengganu, Kelantan, Sarawak dan Sabah telah bersetuju dengan konsep penubuhan Negara Malaysia.Setiap negeri yang terbabit telah menyerahkan sebahagian kuasa masing-masing, seperti kewangan, pertahanan, pelajaran, luar negara dan lain-lain lagi seperti mana yang telah tercatat di dalam Perlembagaan Malaysia yang di tadbir oleh Kerajaan Pusat. Ada perkara-perkara yang dijadikan kuasa negeri dan negeri akan mentadbirkan kuasa.

Malaysia sebagai sebuah negara Raja Berperlembagaan, maka diperuntukan oleh Perlembagaan institusi Yang Di-Pertuan Agong, Raja-raja Melayu di sembilan buah negeri dan Majlis Raja-raja. Baginda adalah diberi kuasa untuk memelihara adat istiadat orang Melayu dan Pentadbiran Agama Islam di negeri masing-masing. Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong adalah Ketua Agama Islam bagi negeri-negeri Pulau Pinang, Sabah, Sarawak, dan Wilayah-wilayah Persekutuan.Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong juga menjadi Kepala Utama Negara dan Baginda adalah Pemerintah Tertinggi Angkatan Tentera Negara. Baginda akan menjalankan tugas-tugas dibawah Perlembagaan mengikut nasihat Perdana Menteri atau Jemaah Menteri . Raja-raja pula menjadi Ketua Negeri masing-masing dan menjalankan tugas mengikut nasihat Menteri-menteri Besar atau Ketua-ketua Menteri.


Malaysia ialah sebuah negara berbilang kaum yang kaya dengan palbagai kebudayaan yang unik dan tersendiri. Rakyat Malaysia terdiri daripada pelbagai kaum iaitu Melayu, Cina, India, Iban, Khadazan, Bajau, Dayak dan lain-lain. Di Semenanjung Malaysia, terdapat tiga kaum utama iaitu Melayu, Cina dan India. Mereka beragama  Islam, Buddha, Kristian dan Hindu. Manakala, kaum Iban merupakan suku kaum yang terbesar di Sarawak, diikuti oleh kaum Cina, Melayu, Bidayuh, Melanau dan kaum-kaum etnik yang lain. Sabah juga mempunyai pelbagai suku kaum. Kumpulan etnik yang terbesar adalah kaum Kadazandusun yang merupakan satu pertiga dari jumlah penduduk Sabah diikuti oleh kaum Murut, Bajau, dan lain-lain lagi.Selain itu, walaupun penduduk Malaysia terdiri daripada pelbagai kaum, bangsa dan agama namun, rakyat di Malaysia hidup bersatu-padu dan hormoni. Mereka hidup bagaikan aur dengan tebing, saling bantu-membantu antara satu sama lain dan bermuafakat.

   

Dengan cabaran globalisasi yang melanda di seluruh dunia ketika ini, Negara Malaysia perlu menyusun strategi masing-masing agar tidak tersisih daripada arus kemajuan dunia dan menjadi mangsa penindasan pihak tertentu. Bagi menghadapi keadaan ini, seluruh rakyat Malaysia, tanpa mengira keturunan dan anutan agama, perlu bertindak sebagai satu bangsa, yakni Bangsa Malaysia, yang berfikir dan bertindak ke arah mencapai matlamat yang sama iaitu membina sebuah negara yang lebih maju, selamat, aman dan makmur serta mampu bersaing dengan masyarakat lain di dunia.
Untuk melahirkan Bangsa Malaysia yang lebih berdaya tahan dalam menghadapi pelbagai cabaran yang dibawa oleh arus globalisasi, termasuk dalam bidang sosial, ekonomi dan politik, maka Perdana Menteri Dato’ Sri Mohd Najib Tun Razak memperkenalkan Konsep 1Malaysia yang berpaksikan prinsip “Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan”. Konsep ini bertepatan dengan cita rasa rakyat Malaysia dan sejajar dengan peruntukan yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan dan Prinsip-Prinsip Rukun Negara.

3 comments:

  1. Diharap negara kita semakin maju dengan rakyat yang bersatu.

    ReplyDelete
  2. Terima kasih kerana berkongsi maklumat. Jaga kesihatan !!!

    ReplyDelete