NILAI-NILAI 1 MALAYSIA


Photo Cube Generator



1.)Budaya kecemerlangan
Pengamalan budaya kecemerlang dan berprestasi tinggi akan membawa Malaysia ke tahap kejayaan serta pencapaian yang lebih tinggi. Kejayaan dan pencapaian masyarakat dan negara bergantung setakat mana budaya kecemerlangan diamalkan oleh rakyatnya. Budaya berprestasi tinggi memastikan bahawa setiap perkara dan setiap tugas yang dilakukan mencapai tahap yang terbaik. Sikap sambil lewa dan acuh tak acuh tidak boleh wujud dalam masyarakat yang berdaya maju.

Dengan Budaya Kecemerlangan, kerajaan dapat menggariskan satu hasrat untuk diikuti oleh rakyat Malaysia. Pengenalan Key Performance Indictor (KPI) untuk setiap kementerian dan juga agensi-agensi kerajaan adalah sebagai tanda ukur untuk pihak kerajaan sendiri mengukur tahap kecemerlangan.

KPI yang diperkenalkan juga akan mengakibatkan setiap dari kementerian dan juga agensi serta badan-badan kerajaan akan lebih berusaha untuk mencapai tahap KPI yang dikehendaki.Setiap tindakan dan keputusan yang diambil akan diawasi dan dipantau. Bukan untuk mencari kesalahan ataupun mencari kambing hitam untuk sebarang situasi, tetapi adalah memudahkan kerajaan untuk mengambil langkah pembetulan. Mana-mana agensi yang tidak dapat mencapai tahap KPI yang memuaskan akan disemak semula untuk memastikan di manakah berlakunya kelemahan yang boleh diperbaiki. Ini adalah satu tindakan yang terbaik untuk memastikan setiap dari komponen kerajaan dapat menjalankan tanggung jawab dengan cemerlang.

Budaya Kecemerlangan ini juga dapat menaikan taraf ekonomi negara. Dengan mengamalkan Budaya kecemerlangan, setiap daripada komponen kerajaan dapat melaksanakan tugas dengan cemerlang. Kecemerlangan tugas-tugas ini akan secara tidak langsung akan mempengaruhi setiap aspek gerak kerja di dalam negara. Apabila gerak kerja negara dapat ditingkatkan dan di jalankan dengan cemerlang, kos pentadbiran secara tidak langsung juga akan dapat dikurangkan. Perlaksanaan Budaya Kecemerlangan ini juga akan dapat meningkatkan tahap ekonomi negara.

Penerapan Budaya Kecemerlangan akan dapat meningkatkan taraf sosial rakyat Malaysia. Ini kerana kesemuanya berhubung kait antara satu sama lain. Dengan penerapan Budaya Kecemerlangan yang bermula dari pihak kerajaan itu sendiri, segala urusan yang berkaitan dengan pihak kerajaan akan dapat diperlicinkan. Dengan secara tidak langsung, setiap dari badan kerajaan itu dapat menjalankan tugas dengan baik. Ini akan mempengaruhi mereka yang berurusan dengan kerajaan. Apabila kerajaan dapat berfungsi dengan baik maka masyarakat juga dapat berfungsi dengan baik. Apabila masyarakat dapat berfungsi dengan baik maka taraf sosial juga akan dapat ditingkatkan.

2.)Ketabahan
Setiap perjuangan atau perlaksanaan kerja memerlukan ketabahan dan ketekunan. Perjuangan untuk mencapai kemajuan dan kecemerlangan negara amat memerlukan pemimpin dan rakyatnya yang tabah menghadapi segala rintangan dan dugaan. Penggemblengan semangat bekerja keras, dedikasi serta tabah dalam menghadapi segala rintangan dan dugaan adalah ramuan yang terbaik untuk mencapai sesuatu matlamat.Oleh itu, Rakyat Malaysia perlu tabah menghadapi dugaan dan cabaran untuk kejayaan diri dan Negara.

Sikap mudah mengalah, kecewa dan menyerah kepada takdir perlu dikikis jika ingin maju dan berjaya.Kejatuhan atau kemerosotan yang dialami perlu dikaji dan hendaklah memperbaikinya secara positif. Pendekatan yang berbeza dan kreatif perlu diambil bagi menangani segala kegagalan

3.) Rendah hati
Rasa rendah hati adalah satu sifat yang penting untuk dimiliki. Sifat berhemah dan berbudi bahasa perlu dijadikan amalan hidup kita. Masyarakat Malaysia amat menghormati serta menyukai seseorang yang mengamalkan sifat merendah diri yang mempunyai kekuatan dalaman dan pendirian yang teguh terhadap sesuatu prinsip. Orang yang merendah diri bermaksudkan tidak bererti kita tunduk atau mengalah dengan orang lain. Selain itu, segala kemampuan dan kebolehan yang dimiliki tidak perlu ditunjuk dan dibanggakan dengan cara yang tidak digemari oleh masyarakat Malaysia.Masyarakat Malaysia amat menghormati serta menyukai sifat merendah diri tetapi mempunyai kekuatan dalaman dan pendirian yang teguh terhadap sesuatu prinsip.


4.)Penerimaan
Konsep penerimaan dan toleransi adalah dua perkara yang berbeza sama ada daripada ungkapan mahupun pelaksanaan. Penerimaan akan memperlihatkan perlakuan yang positif menerima sepenuhnya sesuatu perkara dengan hati yang ikhlas tanpa ada unsur paksaan.

Manakala toleransi pula berlaku kerana tiada pilihan lain atau secara terpaksa. Perlakuan atau sikap toleransi berlaku apabila sesuatu pihak tiada pilihan lain dan ianya diterima dengan ketidak jujuran.Malaysia memerlukan rakyat yang dapat menerima apa jua perkara baik dan mendapat persetujuan secara bersama.

Penerimaan semua kaum untuk mendapatkan yang terbaik amat diperlukan bagi membina sebuah negara bangsa. Perkara-perkara yang terbaik daripada kaum Melayu, Cina, India dan lain-lain perlu diterima pakai serta mendapat penerimaan daripada masyarakat negara ini. Semua program dan peruntukan kewangan daripada kerajaan wajar diagihkan secara adil, menyeluruh dan saksama mengikut keperluan tanpa sekatan, lapisan masyarakat, kaum, etnik, agama dan fahaman politik.

Semua peluang seperti pendidikan, biasiswa, subsidi, bantuan kewangan dan agihan projek perlu adil mencerminkan keperluan 1Malaysia.Pembangunan diri tanpa mengambil kira jantina dan latar belakang etnik sebaliknya ditentukan oleh keupayaan peribadi dan bakat seseorang.

5.)Kesetiaan
Prinsip kesetiaan amat diperlukan dalam apa jua keadaan. Kesetiaan kepada Raja dan Negara ,prinsip kedua Rukun Negara wajib dipegang erat oleh setiap rakyat negara ini tanpa berbelah bahagi.Semua kaum perlu mengutamakan kesetiaan dan kepentingan kepada negara mengatasi kesetiaan kepada kau m serta kelompok sendiri.

Kesetiaan kepada pemimpin atau ketua di dalam sesuatu organisasi adalah teras kepada kewibawaan, keteguhan, kejayaan dan kecemerlangan. Kesetiaan ini seterusnya akan membina kepercayaan dan menjalin satu ikatan antara dua pihak.Nilai atau ganjaran kepada kesetiaan perlu berasaskan kepada keupayaan, pencapaian dan kemajuan yang dilaksanakan dalam setiap perhubungan. Perhubungan yang berasaskan kepada cara mengampu perlu dihindari agar tidak disalahgunakan oleh pihak yang sering mengambil kesempatan.

6.)Meritokrasi
Meritokrasi merupakan hala tuju yang perlu diamalkan dalam negara demokrasi bagi memastikan mereka yang layak dan memenuhi kriteria diberi peluang untuk memacu pembangunan negara.Meritokrasi menekankan persaingan secara terbuka berasaskan kriteria yang ditetapkan dan sesiapa yang berjaya memenuhi kriteria tersebut berhak dipilih.Dalam melaksanakan prinsip meritokrasi, pemilihan berasaskan kepada prestasi dan budaya cemerlang akan memaksimumkan potensi Malaysia dalam semua bidang.Prinsip meritokrasi membudayakan masyarakat Malaysia dalam menghadapi cabaran globalisasi

7.)Pendidikan
Pendidikan adalah usaha sadar dan terencana untuk mewujudkan suasana belajar dan proses pembelajaran agar peserta didik secara aktif mengembangkan potensi dirinya untuk memiliki kekuatan spiritual keagamaan, pengendalian diri, kepribadian, kecerdasan, akhlak mulia, serta keterampilan yang diperlukan dirinya dan masyarakat.

Pendidikan dan pengetahuan adalah prasyarat penting untuk mana-mana negara mencapai kejayaan. Kekuatan dan ketahanan adalah berasaskan kepada masyarakat yang berpendidikan dan berpengetahuan mengatasi kekuatan ketenteraa.Negara perlu memiliki masyarakat yang mengutamakan pendidikan dan pengetahuan dari segala-galanya.Budaya membaca berupaya melahirkan rakyat Malaysia yang mempunyai minda yang sentiasa Terbuka Sekolah aliran kebangsaan telah ditakrifkan semula untuk memasukkan sekolah vernakular.Semua aliran, sama ada Sekolah Kebangsaan, Sekolah Cina atau Sekolah Tamil hendaklah sentiasa mencari peluang berinteraksi dengan mengadakan aktiviti bersama.

Kurikulum yang dibangunkan untuk ketiga-tiga aliran hendaklah menekankan nilai-nilai bersama yang perlu dipupuk untuk membentuk 1Malaysia. Sesebuah negara hanya akan benar-benar maju dan berjaya apabila rakyatnya memiliki ilmu pengetahuan yang tinggi. Budaya ilmu ialah kecenderungan untuk sentiasa memburu pengetahuan yang terkini dan kesediaan untuk menimba ilmu sepanjang hayat.

8.)Integriti
Integriti penting bagi sesebuah kerajaan untuk mendapat kepercayaan dan keyakinan rakyat. Nilai ini perlu diamalkan oleh semua pihak tanpa mengira kedudukan Masyarakat perlu bersikap jujur dan amanah terhadap sesuatu tindakan dan percakapan dan sentiasa berusaha memperbaiki kesilapan untuk mendapatkan hasil yang sempurna.

Nilai ini menekankan bahawa kelayakan dan kemampuan perlu diberi keutamaan tanpa sebarang kepentingan atau melalui saluran yang tidak sah.Budaya berprestasi tinggi adalah asas utama integriti dalam semua aspek dan perkhidmatan yang diberi

Rakyat Malaysia perlu memiliki integriti yang tinggi dalam melaksanakan sebarang tugas dan tanggungjawab agar bangsa dan negara sentiasa disegani dan dihormati oleh semua pihak. Integriti merangkumi sifat-sifat amanah, bersih dan cekap dalam melakukan sebarang tugas dan melaksanakan tanggungjawab.

15 comments:

  1. Nota bagus, sekiranya tambah lagi gambar yang menarik lgai bagus.Berusaha lagi!

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih..saya akan berusaha lagi.

      Delete
  2. Syabas, saya suka blog yang menarik ini. Teruskan usaha yang gigih ini!

    ReplyDelete
  3. Syabas Cikgu Hui Shia, Tahniah. Ini semua kerja usaha Cikgu. Cikgu, dengan melayari blog kamu, bukan sahaja memperolehi pengetahuan, malah maklumat-maklumat yang dipaparkan dapat merangsang masyarakat kini supaya memegang kuat dengan nilai nilai 1 Malaysia. Semoga kamu terus gemilang, cemerlang and terbilang.

    ReplyDelete
  4. Maklumat yang jelas dan berguna...^^

    ReplyDelete
  5. Nota yang berguna dan jelas.

    ReplyDelete