RUMAH TERBUKA MALAYSIA


       Kerajaan Malaysia pada tahun 2000 telah memutuskan sebanyak enam perayaan kaum atau agama diangkat sebagai perayaan utama.Ia dikenali sebagai Rumah Terbuka Malaysia dan diraikan di peringkat kebangsaan anjuran bersama kerajaan pusat dengan kerajaan negeri.Matlamat utama Rumah Terbuka Malaysia ialah memupuk perpaduan di kalangan rakyat melalui perkongsian perayaan dalam suasana aman dan damai.

    
Hari Raya Aidilfitri diraikan oleh masyarakat beragama Islam khususnya Melayu setelah mengerjakan ibadah puasa selama sebulan dalam bulan Ramadhan.Ia adalah perayaan keagamaan yang juga mengandungi pelbagai nilai tradisi.Bagi kaum Cina,Tahun Baru Cina atau Gong xi Fa Chai merupakan perayaan adat tradisi yang dirayakan sebagai menyambut tahun baru bagi kalendar Cina.Kaum India yang beragama Hindu pula meraikan pesta cahaya yang dikenali sebagai Deepavali.

Bagi kaum Dayak di Borneo khususnya di Sarawak yang meraikan Gawai Dayak sebagai perayaan kaum adalah bersifat adat tradisi.Begitu juga bagi kaum Kadazandusun di Sabah yang merayakan Tadau Kaamatan sebagai menandakan kesyukuran selepas musim menuai.Bagi penganut agama Kristian pula,Hari Krismas atau Hari Natal disambut dengan meriahnya di seluruh negara.


   
    Enam perayaan uatama seperti yang disebutkan di atas yang bersifat tradisi adalah dikongsi bersama oleh semua rakyat Malaysia pelbagai keturunan dan agama melalui Perayaan Rumah Terbuka yang diadakan oleh individu atau kumpulan atau anjuran kerajaan sama ada di peringkat negeri atau persekutuan.Perayaan Rumah Terbuka yang dianjurkan oleh pihak kerajaan atau kumpulan bukan kerajaan lebih bersifat festival yang dapat diterima oleh semua kaum.

4 comments:

  1. Rumah terbuka adalah satu budaya unik dan unggul di Malaysia. Saya amat cintai negara kita!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya, saya setuju dengan pendapat anda.

      Delete